.

Wednesday, October 5, 2011

Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah



PROJEK ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ yang bertujuan mengesan kesihatan mental pelajar sekolah mendapati tahap keresahan, kemurungan dan stres di kalangan pelajar sekolah berada pada tahap ‘tinggi’.

Daripada 6,540 murid yang disaring dalam projek perintis hasil kerjasama Kementerian Pelajaran dengan enam buah sekolah itu mendapati 17.1 peratus pelajar mengalami tanda-tanda keresahan teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk sementara 4.8 peratus mengalami stres teruk.

Hasil kajian itu memang amat berguna untuk dijadikan sebagai ‘loceng amaran’ kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar khususnya untuk mengambil langkah-langkah segera dan konkrit bagi mengenal pasti punca masalah dan mengatasinya agar ia tidak menular.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pelajar yang menghadapi masalah murung dan stres ini mendapat bantuan khidmat nasihat atau kaunseling. Pupuk semangat ketahanan diri dan kekuatan mental di kalangan pelajar agar mereka tidak mudah terjerumus dalam gejala tersebut.

Ibu bapa pula wajar mengambil berat masalah dihadapi oleh anak mereka dan membantu mereka keluar dari masalah tersebut melalui bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar. Kukuhkan semangat kekeluargaan melalui persekitaran rumah tangga yang damai dan harmoni. Rumah tangga yang tidak aman boleh menjadi faktor stres.

Petikan Awang Selamat - Utusan Malaysia 06/10/2011

No comments:

Post a Comment

Post a Comment