.

Monday, October 17, 2011

Amalan Saidina Ali untuk menguatkan daya ingatan


  1. Berselawat
  2. Rajin bersugi
  3. Menutup kepala
  4. Berpuasa sunat
  5. Membaca Al-Quran

Wednesday, October 5, 2011

Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah



PROJEK ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ yang bertujuan mengesan kesihatan mental pelajar sekolah mendapati tahap keresahan, kemurungan dan stres di kalangan pelajar sekolah berada pada tahap ‘tinggi’.

Daripada 6,540 murid yang disaring dalam projek perintis hasil kerjasama Kementerian Pelajaran dengan enam buah sekolah itu mendapati 17.1 peratus pelajar mengalami tanda-tanda keresahan teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk sementara 4.8 peratus mengalami stres teruk.

Hasil kajian itu memang amat berguna untuk dijadikan sebagai ‘loceng amaran’ kepada pihak sekolah dan ibu bapa pelajar khususnya untuk mengambil langkah-langkah segera dan konkrit bagi mengenal pasti punca masalah dan mengatasinya agar ia tidak menular.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pelajar yang menghadapi masalah murung dan stres ini mendapat bantuan khidmat nasihat atau kaunseling. Pupuk semangat ketahanan diri dan kekuatan mental di kalangan pelajar agar mereka tidak mudah terjerumus dalam gejala tersebut.

Ibu bapa pula wajar mengambil berat masalah dihadapi oleh anak mereka dan membantu mereka keluar dari masalah tersebut melalui bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar. Kukuhkan semangat kekeluargaan melalui persekitaran rumah tangga yang damai dan harmoni. Rumah tangga yang tidak aman boleh menjadi faktor stres.

Petikan Awang Selamat - Utusan Malaysia 06/10/2011

Tuesday, October 4, 2011

Membentuk Tabiat Remaja Cemerlang "UNTUK MENJADI REMAJA CEMERLANG, ANDA PERLU TAHU APA DAN MENGAPA ANDA HARUS CEMERLANG".


Oleh: Esa b. Abd Samad

PADA suatu ketika, seorang guru telah membawa sekumpulan remaja yarig merupakan anak-anak muridnya ke sebuah hutan lipur. Remaja itu agak liar dan sering kali melanggar peraturan. Guru itu telah memberi tugasan kepada remaja itu semasa mereka mengembara di dalam hutan. Mula-mula, guru tersebut meminta mereka mencabut anak-anak pokok yang setinggi lutut.

Tanpa banyak soal, para remaja itu mencabut dengan mudah anak-anak pokok itu. Kemudian, apabila sampai lebih jauh ke dalam hutan, guru itu meminta pula mereka mencabut anak-anak pokok setinggi paras bahu mereka. Kali ini remaja-remaja berkenaan mula mengeluh. Ah! Susahnya, kata mereka, Namun, selepas bersusah-payah dan saling membantu, mereka berjayajuga mencabut pokok-pokok kecil itu. Akhirnya, tibalah mereka ke kawasan hutan yang paling dalam dan dipenuhi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun.

Guru itu meminta pula mereka mencabut pokok-pokok sebesar sepemeluk atau lebih besar daripada itu. Kali ini o . mereka menggeleng kepala tanda tidak sanggup lagi untuk mencabut pokok sebesar itu! ^ Cerita di atas memaparkan usaha seorang guru untuk menyedarkan anak-anak muridnya tentang TABIAT.

Tabiat adalah sesuatu kebiasaan yang kita lakukan dan bermula dengan perlakuan 'kecil-kecilan', hinggalah menjadi amat lumrah dalam hidup kita, Contohnya, seorang remaja yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah mungkin bermula dengan menghisap sebatang rokok. Mula-mula sebatang rokok, kemudian menjadi sekotak, dan lama-kelamaan sekartun sehari.

Dalam cerita di atas, guru itu ingin menekankan betapa pada peringkat awal, tabiat mungkin mudah diubah, dilentur, namun lama-kelamaan apabila telah sebati, tabiat sukar hendak diperbaiki lagi. Begitulah juga jika anda ingin menjadi seorang remaja yang cemerlang. Mulakan usaha secara kecil-kecilan, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga, hingga akhirnya anda menuju ke puncak. Aristotle, seorang ahli falsafah terkemuka mengatakan, 'kita menjadi apa yang selalu kita lakukan. Maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan, tetapi suatu tabiat.' Stephen R Covey (1997) mentakrifkan tabiat sebagai persilangan pengetahuan, kemahiran, dan keinginan. Pengetahuan merujuk kepada paradigma teori; apa yang perlu dibuat dan mengapa.

Kemahiran ialah cara membuat. Keinginan merujuk kepada motivasi dan kemahuan membuat. Katakan seorang remaja ingin menjadi pelajar cemerlang. Dia mungkin masih belum mampu menerjah kecemerlangan kerana kurang memberi tumpuan di kelas, malas hendak mengulang kaji, sering kali tidur, dan berfoya-foya. Dia mungkin mendapat kesedaran selepas mengikuti program motivasi, atau menghadiri kaunseling yang berterusan. Namun, kesedaran tentang kepentingan belajar dan, tahu tentang teknik belajar, ini belum mencukupi untuknya menerjah kecemerlangan. Dia hanya akan berjaya apabila mempunyai keinginan dan momentum sikap untuk berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Pembentukan tabiat memerlukan dukungan ketiga-tiga elemen ini. Untuk menjadi remaja cemerlang, anda perlu tahu apa dan mengapa anda harus cemerlang? Anda kemudian perlukan bimbingan dari segi kemahiran bagaimana hendak cemerlang? Lonjakan ke arah pembentukan tabiat akan berlaku apabila melonjaknya keinginan, kemasyhuran, dan keghairahan anda untuk cemerlang. Menggarap Pengetahuan dan Keinginan Langkah pertama, untuk menjadi remaja cemerlang ialah menggarap pengetahuan dan keinginan secara bersama.

Anda perlu tahu apakah kecemerlangan, mengapakah anda harus cemerlang, seterusnya anda perlu mencipta keghairahan, dan semangat untuk menjadi cemerlang. Mengapakah negara melahirkan insan-insan cemerlang seperti Nicol David, Nur Amalina, dan Datin Paduka Dr Sharifah Mazlina, yang masing-masing berjaya mengharumkan negara dalam bidang sukan dan akademik? Jawapannya, ialah mereka semua berjaya menggarap pengetahuan dan keinginan untuk cemerlang. Contohnya Nur Amalina mendapat tahu tentang kejayaan seorang pelajar, Yap Sui Lin menggondol rekod pelajar cemerlang iaitu meraih 16 A dalam SPM.

Sebagai pelajar yang sudahpun berada di barisan hadapan, Amalina tercabar untuk memecahkan rekod 16 A dengan meraih 17 A. Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka, mulakan dengan bermuhasabah diri terlebih dahulu: o Mengapakah aku datang ke sekolah pada setiap hari? o

Apakah sebenarnya yang ingin aku capai dalam hidupku? o Betulkah setiap langkah perbuatan yang kulakukan ini? Jika sukar menjawabnya rujuklah kepada orang yang tahu. Guru di sekolah ada, ibu bapa ada, rakan-taulan ada, atau ikuti program motivasi, dan sebagainya. Satu ketika saya pernah berkawan dan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mengamalkan cara hidup rockers sewaktu remaja; memakai sapu tangan key, memakai jaket rugged, menyimpan rambut panjang, dan sebagainya. Namun pada suatu hari, saya menyoal diri sendiri; apakah sebenarnya yang saya lakukan? BetuI ke apa-apa yang saya buat selama ini?

Selepas bermuhasabah dan berjumpa dengan pakar-pakar agama, saya akhirnya meninggalkan tabiat tersebut dan memulakan tabiat baharu sebagai remaja soleh. Menggarap Kemahiran Langkah seterusnya ialah menggarap kemahiran. Setelah anda menyuntik kesedaran dalam diri, membina semangat dan ilmu untuk menerjah kemajuan, anda perlu menggarap kemahiran. Misalnya, jika ingin menjadi pelajar cemerlang, tidak cukup sekadar menghadiri program motivasi ataupun menitiskan air mata kesedaran.

Sumber: Dewan Siswa Mac 2006 Tidak Mahu Begini (sumber gambar ) <>Remaja Bermoral Merdeka